RSS

Boikot Israel!!

Baru-baru ini Israel telah melakukan kekejaman yang amat melampau terhadap orang Islam di Gaza. Orang awam yang tidak berdosa terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua mati kerana bedilan jet pejuang dan senjata-senjata yang digunakan oleh 'laknatullah' ini termasuk sejenis bahan kimia dikenali sebagai fosoforus digunakan menyebabkan kecedaraan yang teruk kepada orang awam.



Pernahkah kita terfikir penderitaan yang mereka alami. Apa yang dapat kita bantu untuk mengurangkan penderitaan mereka? Sedarkah kita setiap hari kita berbelanja membeli barangan Israel, tanpa kita sedari memberi dana secara percuma kepada mereka menghancurkan umat Islam!!? Jadi, sedarlah wahai umat Islam semua, ini salah satu cara kita untuk melumpuhkan mereka seandainya kita betul-betul ingin membantu sesama saudara kita yang sedang menanggung derita kehilangan harta benda,tempat berteduh, orang tersayang. Ayuh semua bangkitlah melawan musuh Islam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS